Atas undangan kerajaan Afrika Selatan, Utusan Khas Presiden China, Xi Jinping yang juga Naib Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan, Xiao Jie akan menghadiri majlis angkat sumpah Presiden Cyril Ramaphosa di Pretoria, ibu negara Afrika Selatan pada 19 Jun.
Ahli Biro Politik Pusat Parti Komunis China (PKC) yang juga Setiausaha Jawatankuasa Hal-ehwal Politik dan Legislatif, Chen Wenqing akan menghadiri Forum Peringkat Tinggi Tadbir Urus Sosial China-Singapura ke-4 di samping mengadakan lawatan di negara itu dan seterusnya melanjutkan jadual lawatan ke Afrika Selatan pada 18 hingga 25 Jun atas undangan.
Presiden China Xi Jinping mengutus kawat tahniah kepada Cyril Ramaphosa yang sekali lagi dipilih sebagai Presiden Afrika Selatan pada Jumaat.
China dan Equatorial Guinea menaikkan hubungan bilateral ke tahap perkongsian strategik komprehensif.