人民网首页

Berita Terkini

PM China, Rusia dan Mongolia Bertemu di Islamabad

Perdana Menteri China Li Qiang bertemu dengan Perdana Menteri Rusia Mikhail Mishustin dan Perdana Menteri Mongolia Luvsannamsrai Oyun-Erdene di Islamabad, Pakistan pada Rabu.

Tingkatkan Penyelarasan dengan China dari Segi Strategi Pembangunan - Putin

Rusia bersedia bersama dengan China melaksanakan persepakatan yang dicapai pemimpin negara, meningkatkan penyelarasan dari segi strategi pembangunan, dan mendorong ikatan bilateral berkembang ke satu tahap baharu, dengan memanfaatkan peluang yang wujud dalam meraikan ulang tahun ke-75 hubungan diplomatik dengan China. Selain itu, Rusia bersedia berkerjasama dengan China menyatupadukan lebih banyak negara "Selatan Global" mendorong proses multipolar di persada dunia, dan membentuk tata kelola antarabangsa yang berasaskan keadilan dan perundangan.

BRICS Adakan Mesyuarat Hal Ehwal Keselamatan Ke-14

Ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) yang juga Pengarah Pejabat Suruhanjaya Hal Ehwal Luar Jawatankuasa Pusat PKC, Wang Yi telah menghadiri Mesyuarat Perwakilan Kanan BRICS bagi Hal Ehwal Keselamatan Ke-14 yang dirasmikan di St. Petersburg, Rusia semalam.

China, Rusia Sepakat Tingkatkan Komunikasi Strategik

China bersedia meningkatkan komunikasi strategik dengan Rusia demi memperkayakan konotasi strategik hubungan kedua-dua negara.

<3 4 5 6 7 >