Kenali People.cn

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Selasa 08 November 2022

People.cn yang digelar “akhbar Renminribao dalam laman sesawang” ialah syarikat saham bersama sektor media dan kebudayaan yang dikendalikan Renminribao. People.cn beroperasi secara rasmi pada Januari 1997, manakala dilancarkan di Bursa Saham Shanghai (SSE) pada April 2012. Melalui operasi yang berorientasikan pasaran, struktur pembangunan usaha People.cn telah dioptimumkan, sistem “kandungan+sains&teknoligi (ConTech)” pula telah ditetapkan pada peringkat awal sementara skala penilaian pasaran telah disenaraikan antara syarikat saham bersama milik negara yang utama dalam bidang media dan kebudayaan. Setakat ini, People.cn telah menubuhkan 33 cawangan di China dan 15 syarikat atau pejabat di luar wilayah China.

Laman sesawang People.cn melancarkan pelbagai informasi kepada seluruh dunia selama 24 jam setiap hari melalui penulisan, gambar, video, Weibo dan aplikasi pelanggan, yang telah merangkumi pengguna internet di lebih 200 buah negara dan kawasan.

People.cn edisi bahasa Melayu akan menyediakan maklumat dan informasi melibatkan pelbagai bidang termasuk politik, ekonomi, sosial, kebudayaan, sains dan teknologi serta pendidikan di samping berusaha membentuk wahana baharu bagi pengguna internet dari dalam dan luar negara untuk meningkatkan persefahaman dan interaksi antara pengguna internet dari dalam dan luar negara.

Kini, selain bahasa Mandarin dan 7 jenis bahasa etnik minoriti di China, People.cn juga telah menawarkan sebanyak 15 edisi bahasa asing termasuk bahasa Inggeris, bahasa Jepun, bahasa Perancis, bahasa Spanyol, bahasa Rusia, bahasa Arab, bahasa Korea, bahasa Jerman, bahasa Portugis, bahasa Italia, bahasa Kazak (tulisan Cyrillic), bahasa Swahili, bahasa Thailand, bahasa Malaysia dan bahasa Yunani.

Gaya Hidup