人民网首页

Berita Terkini

Tokoh-tokoh Antarabangsa Sanjung Tinggi Ucapan Xi di APEC

Ucapan Presiden China, Xi Jinping sempena menghadiri Mesyuarat Tidak Rasmi Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) ke-30 telah mendapat sambutan hangat dari masyarakat antarabangsa. Terdapat sejumlah tokoh asing yang menyatakan bahawa Presiden Xi mempunyai keinsafan yang tajam tentang arah perkembangan zaman, mengekalkan inspirasi untuk memacu kerjasama APEC, dan menggariskan hala tuju serta mencetuskan momentum untuk pembangunan Asia Pasifik bagi tempoh "30 tahun emas" yang akan datang. Mereka yakin China akan mendorong kerjasama Asia Pasifik membuahkan hasil yang lebih banyak sekali gus memberikan sumbangan baharu yang lebih besar kepada pembangunan bersama sedunia.

<8 9 10 11 12