人民网首页

Tinta Minda

Rakan Kongsi Baik Berkongsi Nasib | Bersama Buka Babak Baharu Bina Komuniti Malaysia-China yang Berkongsi Masa Depan

Pada 15 April lalu, Presiden China Xi Jinping menerbitkan rencana berjudul “Layarkan Kapal Persahabatan China-Malaysia Menuju ke Masa Depan yang Lebih Cerah” dalam media Malaysia. Rencana tersebut menekankan supaya rakyat China dan Malaysia lawat-melawat dengan lebih kerap umpama menziarahi saudara sendiri, menggalakkan pertukaran budaya dan saling belajar antara tamadun, serta lebih saling faham dan mesra, terutamanya dalam kalangan generasi muda.

Membawa Pembinaan Komuniti Berkongsi Masa Depan China-Malaysia ke Tahap Lebih Tinggi

China dan Malaysia adalah jiran dengan hubungan persahabatan selama ribuan tahun, sahabat dengan hati yang saling tertaut, dan rakan dalam kerjasama menang-menang. Sejak penubuhan hubungan diplomatik pada 1974, kedua-dua negara memiliki hubungan yang akrab, dan saling menyokong, sekali gus menjadi contoh buat negara-negara lain dalam kerjasama saling menguntungkan.

China, Negara Jiran, Berganding Bahu Demi Masa Depan Lebih Baik

Satu persidangan pusat mengenai kerja berkaitan negara jiran telah diadakan di Beijing dari 8 hingga 9 April. Presiden China, Xi Jinping merangkap setiausaha agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China dan pengerusi Suruhanjaya Tentera Pusat telah menyampaikan ucapan penting pada persidangan itu. Dalam ucapannya, Xi telah merangkumkan pencapaian dan pengalaman China secara sistematik mengenai kerja kejiranan negara Tembok Besar dalam era baharu, selain secara saintifik menganalisis situasi semasa, menggariskan objektif, idea dan langkah-langkah untuk fasa seterusnya bagi kerja kejiranan.

Lawatan Xi Jinping ke Asia Tenggara: Memperkukuh Diplomasi Serantau, Merintis Era Baharu Kerjasama

Pada 14 hingga 18 April, Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China merangkap Presiden China, Xi Jinping akan mengadakan lawatan negara ke Vietnam, Malaysia, dan Kemboja. Ini merupakan lawatan sulung oleh ketua negara China pada tahun ini, dan juga lawatan pertama ke negara-negara jiran selepas Persidangan Kerja Serantau Pusat.

1