Mantan Presiden China, Jiang Zemin Meninggal Dunia

(CRI)Rabu 30 November 2022

Mantan Presiden China, Jiang Zemin meninggal dunia akibat leukemia dan kegagalan pelbagai organ di Shanghai pada pukul 12.13 tengah hari 30 November pada usia 96.

Mendiang Jiang Zemin sebagai pemimpin yang cemerlang, mempunyai prestasi yang mulia dan kewibawaan yang tinggi dalam Parti Komunis China (PKC), Tentera Pembebasan Rakyat dan masyarakat pelbagai etnik. Selain pernah menerajui pucuk pimpinan pusat PKC generasi ketiga, mendiang meninggalkan legasi politiknya yang berpaksikan teori 'Three Represents' (tiga arahan dan aspek yang dilambangkan PKC).