AS Reka ‘Laporan Ketenteraan China’, Alasan untuk Kekalkan Hegemoninya

(CRI)Khamis 01 Disember 2022

Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) telah mengumumkan satu laporan tahunan mengenai ‘kekuatan ketenteraan China’ pada Selasa lalu, yang menaksir jumlah simpanan peluru nuklear di China melebihi 400 butir, dan akan meningkat ke lebih kurang 1,500 butir menjelang 2035 jika China terus berkembang dalam bidang terbabit.

Menyentuh dakwaan tersebut, Jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian dalam sidang akhbar semalam menyatakan pihak AS tidak pernah berhenti dalam menggembar-gemburkan dakwaannya tentang “ancaman China” yang versinya pelbagai pada tahun-tahun kebelakangan ini. Tujuan sebenarnya adalah sekadar mencari alasan bagi diri sendiri untuk terus menambah simpanan senjata nuklear dan mengekalkan hegemoni ketenteraan.

Zhao menekankan bahawa strategi nuklear China adalah defensif, dan pihaknya selama ini komited tidak akan menggunakan senjata nuklear terlebih dahulu. Selain bersikap rasional mengawal perkembangan diri dalam bidang senjata nuklear dan mengekalkan kekuatan nuklear pada tahap paling rendah yang hanya selaras dengan keperluan keselamatan negara, China tidak pernah menyertai sebarang persaingan kelengkapan ketenteraan.

Menurut Zhao, AS sebagai negara yang mempunyai simpanan senjata nuklear paling banyak di dunia, bertalu-talu menaiktaraf kekuatan nuklearnya di samping mengintensifkan peranan senjata nuklear dalam dasar keselamatan negaranya, mengekalkan dasar ancaman nuklear berdasarkan manifestasinya boleh menggunakan senjata nuklear secara terlebih dahulu bahkan menetapkan strategi ancaman nuklear yang menyasarkan negara tertentu. Selain itu, AS bekerjasama dengan Britain dan Australia dalam pelaksanaan projek kapal selam berkuasa nuklear yang dilihat secara terang-terangan membelakangi “Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear”.

Zhao berkata, AS digesa mengkaji diri tentang dasar nuklearnya, mengelakkan diri dari terperangkap dalam mentaliti Perang Dingin dan logik hegemoni, menghentikan tindakan yang boleh menjadikan kestabilan strategik global terjejas di samping memikul tanggungjawabnya untuk mengurangkan jumlah senjata nuklear milik diri sendiri sehingga menyediakan syarat kondusif bagi merealisasikan pelucutan senjata nuklear dalam senario global.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan