Eropah Terperangkap Ekoran Tindakan AS ‘Udang di Balik Batu’

(CRI)Isnin 05 Disember 2022

Presiden Perancis, Emmanuel Macron baru-baru ini menyatakan bahawa “Undang-undang Pengurangan Inflasi” dan “Akta Chip dan Sains” dikemukakan AS telah menimbulkan perselisihan besar antara negara itu dengan Eropah sehingga akan mengakibatkan perpisahan antara kem Barat atau menghalang pelaburan rentas Atlantik.

Menyentuh pendakwaan Macron tersebut, Jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian mengulas bahawa Eropah jelaslah terperangkap ekoran tindakan AS bagai ‘udang di balik batu’.

Menurut Zhao, dua undang-undang tersebut dikeluarkan AS sekadar bertujuan melindungi kepentingan diri sendiri tanpa mempedulikan impak terhadap negara lain termasuk rakan persekutuannya. Inilah satu lagi bukti pemikiran hegmoni “AS Pertama”.

Baru-baru ini, terdapat sejumlah pemimpin dan pegawai dari negara Eropah mengeluarkan ulasan mereka terhadap “Undang-undang Pengurangan Inflasi” yang berbunyi bahawa AS sepatutnya tidak perlu melaksanakan undang-undang tersebut untuk merampas pelaburan di Eropah. AS sudah berjaya mengaut keuntungan besar melalui krisis Ukraine, namun yang menanggung kerugian besar akibat inflasi dan kos sumber tenaga yang tinggi itu adalah Eropah. Hingga kini, Eropah masih terpaksa bertindak sebagai pasukan belakang AS untuk terus menangani masalah Syria, Afghanistan dan Iraq. Tak hairanlah terdapat komen dari media Eropah yang mendakwa bahawa terfikirlah “kenapa keamanan dan kemakmuran Eropah perlu bergantung pada kepentingan AS?” Inilah sememangnya satu soalan yang perlu dipertimbangkan dan dihadapi Eropah bahkan seluruh dunia.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan