Lonjakan Baharu dalam Kerjasama dan Persahabatan China-Arab

(CRI)Isnin 05 Disember 2022

Sejak ditubuhkan pada lebih 70 tahun yang lalu, Republik Rakyat China telah mewujudkan lonjakan besar yang signifikan dengan negara-negara Arab dalam perkembangan kerjasama dan persahabatan, dan akan terus berganding bahu membina komuniti berkongsi nasib China-Arab pada era baharu. Jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian berkata demikian ketika mengulas tentang Laporan Kerjasama China-Arab pada Era Baharu yang dikeluarkan pihaknya pada 1 Disember.

Zhao memaklumkan bahawa laporan itu bertujuan mengimbas kembali sejarah perhubungan persahabatan antara China dengan dunia Arab, menyimpulkan praktik kedua-dua pihak dalam pertukaran lawatan terutamanya pada abad baharu dan tahap baharu serta menggaris prospek dan hala tuju pembinaan komuniti berkongsi nasib China-Arab.

Zhao menyatakan bahawa China sentiasa melihat negara-negara Arab sebagai rakan strategik dalam usaha membangunkan negara secara damai, meningkatkan kerjasama antara negara membangun dan mendorong pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan.

“China akan terus sinergi dengan negara Arab untuk memperkasakan kerjasama dalam pelbagai bidang, mempertingkat pertukaran tamadun, menyejahterakan rakyat kedua-dua pihak di samping mendorong perpaduan dan kerjasama negara membangun dan bersama-sama menggalakkan kedamaian dan pembangunan dunia.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan