Fed Naikkan Kadar Faedah 50 Mata Asas

(CRI)Khamis 15 Disember 2022

Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) menaikkan lagi kadar faedah sebanyak 50 mata asas pada Rabu, kenaikan kali ketujuh bagi tahun ini.

Tindakan itu sekali gus meletakkan kadar dana persekutuan dalam julat antara 4.25 peratus hingga 4.5 peratus.

Di samping itu, Fed meramalkan kadar dana persekutuan akan naik ke paras kemuncak pada tahun depan, iaitu 5.1 peratus.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan