AS, Pensabotaj Sistem Dagangan Pelbagai Hala

(CRI)Jumaat 16 Disember 2022

Amerika Syarikat (AS) digesa supaya mematuhi peraturan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) dan bertindak secara pragmatik dalam mempertahankan kewibawaan sistem perdagangan pelbagai hala.

Semasa mesyuarat WTO mengenai dasar perdagangan AS di Geneva pada Rabu, banyak ahli termasuk China, Kesatuan Eropah (EU) dan Rusia membidas amalan AS seperti "America First', unilateralisme,‘cantas hubungan’dan "putus rantaian'".

Untuk itu, jurucakap Kementerian Luar Wang Wenbin berkata AS di satu pihak mahukan persaingan adil, sebaliknya melaksanakan subsidi berdiskriminasi besar-besaran untuk memastikan sektor domestik terus berdaya tahan.

"Langkah-langkah kawalan eksport AS makin jauh daripada landasan yang telah pun diterima secara meluas oleh masyarakat antarabangsa,”kata Wang dalam taklimat harian di Beijing pada Khamis.

Menurut beliau, AS sudah menjadi pensabotaj sistem perdagangan pelbagai hala, manipulator dwistandard dalam dasar perindustrian, pengganggu rantai perindustrian dan rantai bekalan global serta penggiat unilateralisme dan amalan membuli.

"Negara itu perlu membetulkan kesalahannya dan kembali secepat mungkin kepada pangkuan masyarakat antarabangsa yang menegakkan multilateralisme,” ujar Wang. 

Gaya Hidup

Berita Berkaitan