ARJ21 Diserahkan kepada Indonesia

(CRI)Isnin 19 Disember 2022
ARJ21 Diserahkan kepada Indonesia

ARJ21, pesawat jarak penerbangan sederhana dan pendek yang dicipta oleh China sepenuhnya, secara rasminya diserahkan kepada TransNusa Indonesia pada Ahad.

Selain mempunyai kemampuan jarak penerbangan dari 2,225 hingga 3,700 kilometer, ia juga merupakan pesawat jet pertama ciptaan China yang memasuki pasaran luar negara.

Pesawat penumpang itu turut mempunyai prestasi suhu tinggi yang baik, dilengkapi keupayaan anti angin silang serta boleh melakukan penerbangan pada waktu malam.

Untuk rekod, Indonesia mempunyai jumlah pulau yang besar dan mempunyai keperluan tinggi bagi penerbangan laluan bukan utama, dan ia sangat bersesuaian dengan ARJ21.

Difahamkan, ARJ21 yang dicat mengikut warna LOGO TransNusa, dan mempunyai corak bendera negara Indonesia pada fiuslaj itu juga menggunakan susun atur kelas ekonomi dengan 95 tempat duduk.

Walaupun ia merupakan pesawat penerbangan laluan bukan utama, namun penumpang berpeluang menghayati penerbangan penuh keselesaan berikutan keluasan pesawat itu yang selebar 3.14 meter dan setinggi lebih 2 meter.

Selain itu, keluasan penglihatan porthole pesawat itu juga lebih besar, sekali gus memberikan pengalaman penghayatan yang lebih baik kepada penumpang.

Menurut ketua pereka bentuk ARJ21, Chen Yong, meskipun pesawat itu digunakan untuk penerbangan laluan bukan utama, namun kualitinya adalah sama dengan pesawat penerbangan laluan utama.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan