China Seru Bertindak Galakkan Pelaksanaan“Penyelesaian Dua Negara”

(CRI)Selasa 20 Disember 2022

“Masyarakat antarabangsa dikehendaki mengukuhkan keyakinan dan berusaha bersama-sama dalam bertindak melaksanakan konsensus ‘Penyelesaian Dua Negara’”, kata Wakil Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Zhang Jun dalam satu mesyuarat terbuka anjuran Majlis Keselamatan PBB (UNSC) mengenai isu Palestin dan Asia Barat pada 19 Disember lalu.

Zhang berkata, ketika menangani isu Palestin-Israel yang tersenarai dalam agenda PBB dalam tempoh lebih 70 tahun lalu, majoriti negara dalam mesyuarat tersebut sekali lagi mengeluarkan suara lantang untuk menyokong rakyat Palestin membina negara mereka yang merdeka. China menyeru pelbagai pihak terlibat mengambil sikap yang ikhlas dan bertindak selaras dengan janjinya. Serentak itu, PBB dan UNSC diharap mengambil langkah yang substantif dalam menggalakkan pelaksanaan “Penyelesaian Dua Negara”, menyokong rakyat Palestin memulihkan dan melaksanakan hak yang tidak boleh dicabut, mewujudkan Palestin dan Israel hidup bersama secara damai, mewujudkan kedamaian dan keharmonian antara bangsa Arab dan Yahudi bahkan kedamaian yang berkekalan di rantau Asia Barat.

Zhang menyatakan bahawa China menyokong pelaksanaan “Penyelesaian Dua Negara” dengan menyeluruh.

Selain itu, China akan terus menghulurkan bantuan kemanusiaan untuk menyokong Palestin dalam pelaksanaan projek melibatkan kehidupan rakyat tempatan, di samping menambah derma kewangan kepada United Nations Relief and Works Agency for Palestine Refugees in the Near East)(UNRWA). 

Gaya Hidup

Berita Berkaitan