GIHI 2022: Beijing Atasi London, Duduki Tangga Ketiga

(CRI)Selasa 20 Disember 2022

Buat julung-julung kalinya, Beijing berjaya mengatasi London dan menduduki tangga ketiga dalam Indeks Hab Inovasi Global (GIHI) 2022.

Menurut laporan yang dikeluarkan bersama oleh Kumpulan Springer Nature dan Pusat Pembangunan Perindustrian dan Tadbir Urus Persekitaran Universiti Tsinghua pada Isnin, Teluk Besar Guangdong, Hong Kong dan Makau serta bandar raya Shanghai masing-masing menduduki nombor ke-6 dan ke-10 dalam GIHI 2022.

Untuk rekod, GIHI 2022 memberikan penilaian tentang daya inovasi terhadap 100 bandar di dunia melalui 31 petunjuk dalam tiga dimensi termasuk pusat sains, tanah tinggi inovasi dan ekologi inovasi.

Ia menunjukkan trend terkini perubahan peta inovasi dunia serta prestasi inovasi bandar-bandar domestik yang penting.

Merujuk kepada indeks tersebut, New York, San Francisco – San Jose, Beijing, London, Boston, Teluk Besar Guangdong-Hong Kong-Makau, Tokyo, Geneva, Paris dan Shanghai masing-masing menduduki nombor satu hingga sepuluh.

Profesor Xue Lan dari Universiti Tsinghua mencadangkan agar kelebihan yang dimiliki Beijing, Shanghai dan Teluk Besar Guangdong-Hong Kong-Macau digunakan secara maksimum bagi mendorong pembangunan ekonomi berkualiti tinggi di wilayah-wilayah terbabit.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan