Tahniah Xi, Cindy Kiro Sempena Ulang Tahun ke-50 Hubungan China-New Zealand

(CRI)Jumaat 23 Disember 2022

Presiden China, Xi Jinping dan Gabenor New Zealand, Cindy Kiro semalam saling mengutus kawat tahniah sempena merayakan ulang tahun ke-50 terjalinnya hubungan diplomatik China-New Zealand.

Xi menyatakan bahawa China dan New Zealand adalah rakan kerjasama yang penting antara satu sama lain. Dalam tempoh 50 tahun lalu, kedua-dua negara melalui kerjasama dalam pelbagai bidang telah membawa kesejahteraan kepada rakyat dan menyumbang kepada kedamaian, kestabilan dan kemakmuran serantau. Beliau amat mementingkan perkembangan hubungan dua hala, bersedia berusaha bersama-sama dengan Gabenor Cindy Kiro meningkatkan komunikasi strategik, mendorong perkongsian strategik komprehensif China-New Zealand terus berkembang dan membawa manfaat yang lebih besar kepada rakyat kedua-dua negara.

Cindy Kiro pula menyatakan bahawa pihaknya amat menghargai hubungan kedua-dua negara yang bersejarah lama dan berharap kerjasama dua hala terus digalakkan agar membawa manfaat kepada rakyat kedua-dua negara bahkan seluruh dunia.

Pada hari yang sama, Perdana Menteri, Li Keqiang dan rakan sejawatnya dari New Zealand, Jacinda Ardern juga mengutus kawat tahniah antara satu sama lain.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan