Perbualan Telefon Menteri Luar China-Singapura

(CRI)Isnin 26 Disember 2022

Menteri Luar China, Wang Yi Sabtu lalu telah menghubungi rakan sejawatnya dari Singapura, Vivian Balakrishnan menerusi telefon seperti yang dijadualkan.

Wang berkata, hasil yang dibuahkan dalam pertemuan Presiden Xi Jinping dengan Perdana Menteri Lee Hsien Loong di Bangkok baru-baru ini, pertemuan fizikal yang pertama dalam tempoh tiga tahun lalu, melibatkan panduan strategik terhadap hubungan bilateral. China dan Singapura meningkatkan interaksi dan penyelarasan untuk menghadapi cabaran di sebalik pergolakan dunia dan serantau beserta bertambahnya unsur yang tidak menentu, bukan sahaja selaras dengan kepentingan sendiri, malah menjadikan unsur stabil menebal di rantau ini bahkan seluruh dunia. Menurut Wang, kedua-dua negara perlu terus meningkatkan daya motivasi dalam mendorong perkembangan hubungan bilateral.

Vivian pula berkata, China melakar pencapaian yang hebat dalam usaha melawan wabak selama tiga tahun yang juga merupakan sumbangan besar dalam senario global. Dengan adanya sistem pimpinan yang pantas, keupayaan pengajian dan pembangunan yang kuat dalam bidang kapasiti industri, dan sistem perubatan yang maju, China mampu mengatasi cabaran baharu di samping mempercepat langkah dalam memulihkan sosioekonomi. Singapura yakin akan China dan bersedia meningkatkan kesatupaduan dan kerjasama dengan China.

Selain itu, Wang Yi telah memperkenalkan keadaan semasa dalam melawan wabak di negara ini dengan menyebut bahawa pihaknya akan terus menjadikan perjalanan rentas sempadan semakin mudah. Ekonomi China dijangka akan pulih seiring peningkatan permintaan domestik dan pelaksanaan dasar rangsangan sehingga menjadi semakin kondusif bagi kerjasama yang saling menguntungkan antara China dengan pelbagai negara termasuk Singapura.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan