Tahniah Menteri Luar China kepada Setiausaha Agung ASEAN

(CRI)Rabu 11 Januari 2023

Menteri Luar China, Qin Gang telah mengutus kawat tahniah kepada Kao Kim Hourn yang mula menyandang jawatan baharunya sebagai Setiausaha Agung ASEAN pada Isnin.

Qin Gang berkata, sebagai satu pertubuhan serantau yang penting, ASEAN giat memelihara kedamaian dan kestabilan, merancakkan pertumbuhan ekonomi, dan mendorong kemajuan masyarakat, pembangunan kebudayaan serta proses kerjasama serantau. Sejak menjalin hubungan dialog dengan ASEAN pada tahun 1991, China tidak berganjak daripada usaha menyokong pembentukan Komuniti ASEAN, kedudukan teras ASEAN dalam kerjasama serantau, di samping memacu penaiktarafan hubungan bilateral.

"Saya menanti-nantikan interaksi dengan Setiausaha Agung ASEAN yang baharu, berfokus kepada kedamaian, kesentosaan, kemakmuran, keindahan dan persahabatan, memperdalam perkongsian strategik komprehensif antara satu sama lain, dan bersedia membentuk komuniti berkongsi nasib China-ASEAN yang semakin erat demi menggalakkan kedamaian, kestabilan dan kemakmuran serantau," katanya.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan