Sistem Kewangan Mapan, Industri Hartanah Berpotensi

(CRI)Rabu 18 Januari 2023

Naib Perdana Menteri China, Liu He menghadiri Sidang Tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) dan menyampaikan ucapan di Davos, Switzerland pada Selasa.

Liu menyatakan bahawa Kongres Kebangsaan ke-20 Parti Komunis China (PKC) yang diadakan dengan jayanya telah memilih kumpulan pemimpin pusat yang berteraskan Xi Jinping, di samping menggariskan cetak biru pembangunan modenisasi ala China bagi lima tahun akan datang, malah jangka masa yang lebih panjang.

Beliau mengatakan bahawa sistem kewangan China adalah kekal mapan.

Dalam menangani risiko yang wujud dalam industri hartanah, kerajaan telah bertindak menstabilkan unjuran, meningkatkan kecairan pasaran, melonggarkan langkah kawalan yang dilaksanakan pada masa hangat, dan merangsang permintaan.

Beliau menegaskan, industri hartanah China berpotensi dan mempunyai ruang pembangunan yang meluas pada masa depan. 

Gaya Hidup

Berita Berkaitan