China akan Laksanakan Fasa Keempat Projek Penjelajahan Bulan

(CRI)Isnin 06 Februari 2023

China akan melaksanakan fasa keempat projek penjelajahan Bulan yang membabitkan misi prob bulan Chang'e-6, Chang'e-7 dan Chang'e-8 pada tahun ini.

Sebagai cakerawala yang paling hampir dengan Bumi, Bulan merupakan antara destinasi pertama manusia untuk memulakan 'era antara bintang'.

Menurut ketua pereka projek penjelajahan Bulan China, Wu Weiren, prob Chang'e-6 akan mengambil lebih banyak sampel dari belakang Bulan sehingga mencapai 2,000 gram.

"Chang'e-7 bersiap sedia untuk mendarat di kutub selatan Bulan dengan tugas utamanya menjalankan penerokaan flyby dan cuba mencari sumber air.

"Manakala, Chang'e-8 dijangka akan dilancarkan pada tahun 2028," ujar beliau.

Difahamkan, Chang'e-7 dan Chang'e-8 akan mewujudkan bentuk asas stesen penyelidikan saintifik Kutub Selatan Bulan, termasuk prob orbit, pendarat, rover, flyby Bulan dan beberapa instrumen pengesanan saintifik.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan