Permukiman Menteri Luar ASEAN Berlangsung di Jakarta

(CRI)Isnin 06 Februari 2023

Permukiman Menteri-menteri Luar ASEAN (AMM Retreat) berlangsung di Jakarta pada 4 Februari.

Mesyuarat itu mengadakan perbincangan tentang perkara yang menjadi keutamaan ASEAN pada 2023 serta bagaimana memperkasa solidariti dan perhubungan dengan rakan dari luar rantau.

Penekanan turut diberi terhadap usaha memacu pembangunan lestari, mendorong keselamatan, kestabilan dan kemakmuran, serta memastikan Asia Tenggara bebas daripada senjata nuklear dan senjata pemusnah besar-besaran.

Gaya Hidup