Dairi Penyelamat di Turki: Lima Sekeluarga Terselamat pada Hari Kedua

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Jumaat 10 Februari 2023

Artikel ini disunting dan diterjemahkan daripada temu bual dengan He Jun, pengasas Pasukan Penyelamat Ram.

9 Februari, hari kedua Pasukan Penyelamat Ram menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di Turki. Cuacanya kekal sejuk.

Pada pukul 8.45 pagi, kami menerima satu panggilan kecemasan dari Pekan Belen yang meminta pertolongan untuk menyelamatkan keluarga pemanggil yang masih tertimbus di bawah runtuhan.

Kami segera bertolak. 30 minit kemudian, bersama pasukan penyelamat lain, kami menemui mayat seorang dewasa dan mayat seorang kanak-kanak.

He Jun dan rakan sepasukannya menjalankan tugas SAR. (Sumber gambar: Pasukan Penyelamat Ram)

Situasi di Pekan Belen amat dahsyat. Ramai yang terbunuh dan tercedera. Memandangkan tempoh 72 jam pertama adalah kritikal dalam usaha SAR gempa bumi, kami harus segera menuju ke lokasi lain agar dapat menyelamatkan lebih banyak orang.

Tapak runtuhan. (Sumber gambar: Pasukan Penyelamat Ram)

Kami dimaklumkan bahawa di dalam satu bangunan yang landai, masih ada seorang budak lelaki berumur 15 tertimbus, yang belum lagi ditemui. Dalam keadaan yang agak terhad, kami terpaksa menggunakan alat asas menembusi lantai dari tingkat dua ke tingkat satu untuk mengesan tanda-tanda hidupnya. Namun, hasilnya tetap menyedihkan.

Anggota pasukan menjalankan tugas SAR. (Sumber gambar: Pasukan Penyelamat Ram)

Yang paling mengujakan, pada pukul 1.30 petang, kami berjaya menyelamatkan lima sekeluarga iaitu dua orang dewasa dan tiga orang kanak-kanak di Pekan Belen bersama Pasukan SAR Urban Tentera Darat Turki. Dua yang dewasa cedera parah dan segera dihantar ke hospital untuk rawatan kecemasan, tetapi mujurnya kanak-kanak tidak cedera. 

Lima sekeluarga terselamat. (Sumber gambar: Pasukan Penyelamat Ram)

Lima sekeluarga terselamat. (Sumber gambar: Pasukan Penyelamat Ram)

Lima sekeluarga terselamat. (Sumber gambar: Pasukan Penyelamat Ram)

Gaya Hidup

Berita Berkaitan