Pelaburan China di Seberang Laut Naik 5.2% pada 2022

(CRI)Jumaat 10 Februari 2023

Pelaburan China di seberang laut pada tahun 2022 meningkat 5.2% berbanding tahun sebelumnya, mencatat RMB985.37 bilion (RM627.39 bilion).

Pelaburan bukan kewangan yang diselesaikan syarikat China ke negara-negara yang terlibat dalam pelaksanaan "Inisiatif Jalur dan Laluan" (BRI) naik 3.3%, dengan mencecah USD20.97 bilion (RM90.79 bilion), iaitu merupakan 17.9% keseluruhan pelaburan negara ini di seberang laut pada tahun 2022. Sementara itu, jumlah perniagaan projek-projek kontrak yang terlaksana di negara-negara BRI mencapai USD84.94 bilion (RM367.75 bilion), sedangkan termeterai kontrak baharu yang bernilai USD129.62 bilion (RM561.19 bilion). Kedua-dua angka tersebut masing-masing merupakan 54.8% dan 51.2% keseluruhan China di seberang laut, dan dilihat sebagai sumbangan signifikan bagi pembangunan bersama dalam kerangka BRI.

Pelaburan China terhadap sektor pemborongan dan jualan runcit di seberang laut meningkat 19.5%, dengan mencatat USD21.1 bilion (RM91.35 bilion), manakala yang terhadap sektor pembuatan naik 17.4%, menokok USD21.6 bilion (RM93.52 bilion).

Sementara itu, sektor korporat daerah kelihatan agak rancak dalam melakukan pelaburan di seberang laut, yang meningkat 13.1% berbanding tahun sebelumnya, dengan mencapai USD93.92 bilion (RM406.63 bilion), iaitu 80.4% dalam keseluruhan negara ini.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan