Jawatan Kosong

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Selasa 14 Februari 2023

Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian (People’s Daily Online) sedang mencari seorang editor naskhah penutur jati bahasa Melayu untuk kerja sepenuh masa.

Jawatan ini bertempat di Menara Media Baharu People’s Daily, Beijing.

Pengambilan adalah untuk kontrak berdurasi minimum satu tahun.

Tanggungjawab

- Menyunting dan membaca pruf berita, rencana, skrip video dan produk-produk media baharu yang dihasilkan oleh jurnalis dan editor China

- Bekerja seiring dengan editor dan pemberita China dalam pelaporan peristiwa-peristiwa penting, penerbitan video pendek, infografik, dan sebagainya

- Menulis ulasan

- Memantau kualiti kandungan laman sesawang dan platform media sosial People’s Daily Online, serta membuat cadangan penambahbaikan

- Membantu memberi panduan dan latihan profesional kepada jurnalis dan editor China

- Lain-lain tugas yang diberikan

Kelulusan

- Penutur jati bahasa Melayu, dengan tahap penguasan baik dalam bahasa Inggeris penulisan

- Bagi pemohon yang mempunyai ijazah sarjana muda, minimum dua tahun pengalaman dalam pelaporan dan/atau penyuntingan berita adalah perlu; pemegang ijazah sarjana atau lebih tinggi dikecualikan daripada syarat ini sekiranya mempunyai latar belakang pendidikan dalam kewartawanan, sains politik, hubungan antarabangsa, pengajian China, bahasa Melayu atau jurusan-jurusan yang berkaitan

- Tahap kemahiran komunikasi lisan dan penulisan yang tinggi

- Calon yang fasih berbahasa Cina dan/atau mampu menterjemah dari bahasa Cina digalakkan memohon

- Kemahiran membuat dan menyunting laporan video satu kelebihan

- Berminat dan mempunyai pengetahuan mendalam terhadap China

- Bertanggungjawab dan cekap bekerja secara berkumpulan

- Bersedia bekerja lebih masa dan menepati tarikh akhir

Calon yang layak akan ditawarkan gaji yang kompetitif berserta pakej faedah yang merangkumi insurans kesihatan dan cuti bergaji.

Sila hantarkan resume anda kepada [email protected] dengan tajuk “Permohonan untuk jawatan editor naskhah bahasa Melayu”

Gaya Hidup