Pameran Macadamia Berlangsung di Myanmar

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Selasa 14 Februari 2023

Myanmar telah menganjurkan satu pameran macadamia menerusi tabung khas Kerjasama Lancang-Mekong (LMC) di bandar Pyin Oo Lwin di wilayah Mandalay.

Menurut kenyataan dikeluarkan oleh Kedutaan China di Myanmar pada 9 Februari, pameran macadamia ini adalah bahagian penting dalam projek “Pembangunan Industri Macadamia untuk Peladang Kecil di Wilayah Lancong-Mekong” yang dibiayi oleh LMC.

Dengan menawarkan anak pokok serta panduan berkenaan kepada petani dan kawasan demonstrasi penanaman, projek tersebut bertujuan membantu negara-negara anggota LMC meningkatkan kecekapan pertanian secara menyeluruh, kata Kedutaan China di Myanmar.

Yang turut hadir, pegawai dari Kementerian Pertanian, Penternakan dan Pengairan Myanmar, pegawai dari provinsi Yunnan China dan agensi penyelaras LMC di Myanmar.

Seorang pegawai Myanmar menyebut bahawa negara-negara Asia Tenggara telah menanam macadamia sejak 1982. Pelaksanaan projek LMC berkesan membantu Myanmar menaiktarafkan pengeluaran, kualiti dan eksport macadamianya.

Projek tersebut juga akan mendorong pembangunan luar bandar dan mengurangkan kemiskinan dalam kalangan petani di wilayah Mandalay, negeri Kachin dan negeri Shan, tambah pegawai itu.

Provinsi Yunnan di China sedang membina pusat industri macadamia antarabangsa, yang bukan sahaja merupakan pasaran penting bagi macadamia Myanmar, tetapi juga peserta dan rakan kongsi yang terlibat dalam industri macadamia Myanmar.

Kedutaan China turut menambah bahawa pihaknya bersedia untuk menyokong Myanmar dan provinsi jiran Yunnan melaksanakan kerjasama menyeluruh dan mendalam membabitkan bidang industri macadamia demi keuntungan dan pembangunan.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan