Kumpulan Pertama Tupai Polis Antidadah Mula Khidmat

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Selasa 14 Februari 2023

Baru-baru ini, Unit Anjing Polis di bawah Biro Keselamatan Awam Chongqing berjaya melatih kumpulan pertama tupai polis antidadah di China. Kumpulan ini terdiri daripada 6 ekor polis tupai antidadah dan telah mendapat kelulusan daripada institut penyelidikan saintifik berkenaan. Tupai yang dipilih adalah dari spesies yang dikenali sebagai “tupai syaitan”.

“Deria bau tupai sangat sensitif. Cuma kami kurang mahir melatih haiwan jenis rodensia sebelum ini,” kata jurulatih Unit Anjing Polis, Yin Jing. Sistem pembelajaran anjing pengesan bahan letupan mencapai hasil yang baik selepas digunakan untuk tupai. Tupai yang terlatih dapat mengesan dadah dengan cepat.

Berbanding dengan anjing, tupai bersaiz lebih kecil dan bergerak lebih tangkas. Ia lebih sesuai menjalankan tugas di persekitaran kompleks seperti gudang logistik, stesen ekspres, tempat tinggi dan sebagainya. Tupai polis terlatih akan mencakar-cakar untuk memberi isyarat kepada jurulatih sekiranya ada dadah yang ditemukan.

Gaya Hidup