ITTF Umum Kemas Kini Peraturan Ranking Ping Pong Dunia

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Rabu 15 Februari 2023

Lembaga Eksekutif Persekutuan Ping Pong Antarabangsa (ITTF) telah meluluskan perubahan kepada Peraturan Ranking Ping Pong Dunia, dengan pasukan China mengekalkan tempat teratas dalam 4 kategori mengikut peraturan baharu.

Perubahan ini bertujuan menawarkan sistem yang lebih adil dan seimbang bagi semua pemain dan memastikan tahap mereka dapat digambarkan dengan tepat melalui kedudukan dunia, jelas ITTF.

Antara kesan keputusan berkenaan termasuklah peningkatan mata yang diberikan kepada pemain pada pusingan awal Grand Smash Ping Pong Dunia (WTT) hingga pusingan ke-64.

Selain itu, perubahan juga membawa pengurangan mata bagi perlawanan Feeder WTT dari 150 mata kepada 125 mata. Mata untuk pusingan akhir, separuh akhir dan suku akhir akan dikurangkan juga. Sebelum ini, 150 mata yang ditawarkan menjadi insentif terlalu besar hinggakan terlampau ramai pemain terhandal dunia mengambil bahagian, menyekat peluang pemain peringkat lebih rendah. Dengan lebih banyak Feeder WTT akan diadakan tahun ini, ITTF mahu memberi peluang kepada semua pemain untuk meningkatkan kedudukan mereka di dunia.

Selepas kemas kini dibuat, edisi ke-7 ranking ping pong dunia turut dikeluarkan, dengan pasukan China mendapat kedudukan teratas dalam 4 kategori.

Dalam kategori perseorangan lelaki, Fan Zhendong, Ma Long, dan Wang Chuqin menduduki tiga tempat teratas, manakala dalam perseorangan wanita, Sun Yingsha, Chen Meng, Wang Manyu, dan Wang Yidi kekal empat teratas.

(foto: tangkapan skrin daripada ittf.com)

(foto: tangkapan skrin daripada ittf.com)

Dalam kategori beregu wanita, Wang Manyu/Sun Yingsha kekal di tempat teratas. Dalam kategori beregu campuran, Wang Chuqin/Sun Yingsha mengungguli senarai kedudukan.

(foto: tangkapan skrin daripada ittf.com)

(foto: tangkapan skrin daripada ittf.com)

Selain itu, Fan Zhendong/Wang Chuqin di tangga ke-3 kategori beregu lelaki.

(foto: tangkapan skrin daripada ittf.com)

Gaya Hidup