Tinjauan : Perubahan Konsep Kekeluargaan Faktor Utama Kadar Kesuburan Rendah di China

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Rabu 15 Februari 2023

Perubahan dalam konsep kekeluargaan yang membawa kepada lewat berkahwin dan melahirkan anak, atau tidak berkahwin dan tidak mempunyai anak, telah menjadi faktor utama di sebalik kemerosotan kadar kesuburan di China. Demikian dapatan tinjauan terbaru yang dikeluarkan oleh Forum Penduduk dan Pembangunan China ketiga yang diadakan di Beijing, 11 Februari.

Pada 2020, purata saiz isi rumah di China merosot kepada 2.62 orang, berkurang sebanyak 0.48 berbanding tahun 2010. Ini menunjukkan trend yang jelas ke arah saiz keluarga yang lebih kecil.

Tinjauan menunjukkan bahawa umur sesuai berkahwin untuk perkahwinan pertama penduduk China sentiasa tertangguh, dengan purata bagi wanita meningkat daripada 22 tahun pada 1980-an kepada 26.3 pada 2020, sementara umur melahirkan anak pertama ditangguhkan kepada 27.2.

Keinginan kesuburan wanita dalam usia kehamilan terus menurun, dengan purata 1.64 anak-anak dirancang pada 2021, lebih rendah daripada 1.76 pada 2017 dan 1.73 pada 2019, manakala bilangan generasi "pasca 90an" dan "pasca 00an", yang merupakan kumpulan kesuburan utama kini, masing-masing hanya 1.54 dan 1.48.

Bilangan anak-anak sedia ada dalam kalangan wanita telah menurun daripada 1.63 pada 2019 kepada 1.19 pada 2022. Menurut tinjauan itu, dalam kalangan wanita China, bilangan wanita yang tidak mahu mempunyai anak untuk seumur hidup meningkat dengan laju, daripada 6.1 peratus pada 2015 kepada hampir 10 peratus pada 2020.

"Tinjauan 2021 oleh Pusat Penyelidikan Penduduk dan Pembangunan China menunjukkan bahawa dalam kalangan wanita berumur 35 tahun ke bawah, kurang daripada 70 peratus berpendapat bahawa mempunyai anak melengkapkan kehidupan," Wang Pei'an, setiausaha parti dan naib presiden eksekutif Persatuan Perancang Keluarga China memberitahu forum.

"Keluarga harus dilihat sebagai unit asas dasar polisi awam, dan orientasi melindungi perkahwinan dan keluarga serta menggalakkan ahli keluarga untuk bersatu semula harus menjadi tunjang dalam pembentukan dasar urbanisasi, pembaharuan pendaftaran isi rumah, pekerjaan, penjagaan kesihatan, penjagaan warga tua, jaminan sosial, perumahan, dan cukai," katanya.

"Dengan faedah bersalin yang rendah pada masa ini, jika tiada bimbingan tentang konsep perkahwinan dan melahirkan anak, adalah amat rumit untuk meningkatkan kadar kesuburan," katanya.

Forum Penduduk dan Pembangunan China ketiga telah dihoskan oleh Persatuan Perancang Keluarga, Jawatankuasa Penduduk, Sumber dan Alam Sekitar Jawatankuasa Kebangsaan Persidangan Perundingan Politik Rakyat serta Pusat Penyelidikan Penduduk dan Pembangunan.

Gaya Hidup