China dan Britain selaku anggota tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan entiti ekonomi utama dunia, memikul tanggungjawab untuk memacu pembangunan negara masing-masing serta menangani cabaran global.
Presiden China, Xi Jinping dan rakan sejawatnya dari Chile, Gabriel Boric mengadakan pertemuan semasa menghadiri Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) ke-31 di Lima, Peru pada petang 15 November waktu tempatan.
Pelabuhan Chancay di Lima yang merupakan simbol persahabatan antara China dan negara Amerika Selatan itu akhirnya dirasmikan pada Khamis lalu, sekali gus mendapat perhatian dalam skala global. Sebelum terbinanya pelabuhan itu, Peru berada dalam keadaan kekurangan pelabuhan yang mampu menampung kapal kontena besar, dan kapal-kapal tersebut terpaksa membuat perhentian di Mexico, Panama, dan tempat-tempat lain untuk memindahkan barang ke kapal yang lebih kecil sebelum diangkut menuju ke destinasi akhir, Peru.
Sempena menghadiri Sidang Kemuncak ke-19 Kumpulan 20 (G20) di Rio de Janeiro dan mengadakan lawatan rasmi ke Brazil, Presiden Xi Jinping mengarang artikel berjudul "A Friendship Spanning Vast Oceans A Voyage Toward a Brighter Shared Future" yang disiarkan melalui akhbar Brazil, Folha de S. Paulo, pada Ahad.
Perkenalan Ringkas Akhbar Renminribao China | Kenali People.cn
Hak cipta terpelihara ©2024 People.cn
Penggunaan tanpa izin pencipta adalah dilarang