China dan Chile Kekal Sahabat yang Saling Mempercayai

(CRI)Isnin 18 November 2024
China dan Chile Kekal Sahabat yang Saling Mempercayai

Presiden China, Xi Jinping dan rakan sejawatnya dari Chile, Gabriel Boric mengadakan pertemuan semasa menghadiri Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) ke-31 di Lima, Peru pada petang 15 November waktu tempatan.

Xi menyatakan bahawa China bersedia bersinergi dengan Chile, negara Amerika Selatan yang pertama yang menjalin hubungan diplomatik dengannya, mengambil kesempatan yang wujud ketika meraikan ulang tahun ke-55 hubungan diplomatik pada tahun depan untuk mengeratkan komunikasi dari segi strategi, memperdalam kerjasama saling menguntungkan dan berkongsi peluang pembangunan, mendorong perkembangan perkongsian strategik komprehensif China-Chile mencapai kemajuan baharu demi kesejahteraan rakyat kedua-dua negara.

Boric pula menyatakan bahawa hubungan dua hala dapat terus berkembang pada masa depan adalah berkat banyak perjanjian kerjasama yang termeterai serta dialog budaya dan pertukaran pendidikan kedua-dua pihak.

Video

Berita Berkaitan