People.cn Versi Bahasa Thailand, Melayu dan Yunani Dilancarkan

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Khamis 24 November 2022

Untuk terus memperluas liputan wilayah, populasi dan kandungan dalam sektor penyiaran antarabangsa, laman sesawang People.cn versi bahasa Thailand, bahasa Melayu dan bahasa Yunani telah dilancarkan pada 22 November.

Menurut Laporan Kongres Kebangsaan ke-20 Parti Komunis China (PKC), perlunya memperhebat pembinaan keupayaan komunikasi antarabangsa di samping meningkatkan peranannya secara menyeluruh bagi mempunyai hak bersuara yang tahapnya selaras dengan kekuatan komprehensif dan status China di arena antarabangsa. Selain itu, interaksi dan saling belajar antara tamadun perlu terus diintensifkan sehingga mendorong kebudayaan bangsa China ke pentas dunia. Pelancaran laman sesawang versi berbilang bahasa kali ini merupakan langkah yang penting dilakukan People.cn untuk mempergiat pembinaan keupayaan komunikasi antarabangsa. Laman sesawang versi tiga bahasa yang baru beroperasi itu akan menyalurkan pelbagai informasi yang melibatkan China kepada pengguna di kawasan berkenaan. Sehubungan itu, sistem komunikasi antarabangsa yang “berbilang bahasa, berbilang wahana, omnimedia dan globalisasi” terus berkembang baik, di samping status dan trend komunikasi yang mempunyai struktur yang tegas, perkhidmatan yang tepat dan meliputi seluruh negara disempurnakan beransur-ansur.

Setakat ini, People.cn versi berbilang bahasa telah merangkumi 15 jenis bahasa termasuk bahasa Inggeris, bahasa Perancis, bahasa Rusia, bahasa Arab, bahasa Spanyol, bahasa Jepun, bahasa Korea, bahasa Jerman, bahasa Portugis, bahasa Swahili, bahasa Itali, bahasa Kazakh (Cyril), bahasa Thailand, bahasa Melayu dan bahasa Yunani.

Gaya Hidup