Asia Pasifik Perintis Kerjasama

(CRI)Khamis 24 November 2022

Beijing menghargai kenyataan dikeluarkan pegawai kanan Indonesia yang menunjukkan aspirasi bersama negara serantau untuk mengejar keterbukaan dan keterangkuman serta menolak sikap pilih kasih.

Baru-baru ini, Menteri Pertahanan Indonesia Prabowo Subianto ketika mengadakan sesi sidang media bersama Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS) Lloyd Austin berkata Jakarta berbesar hati untuk berkawan baik dengan China dan AS, dan mengekalkan hubungan mesra dengan dua buah negara itu.

Untuk itu, jurucakap Kementerian Luar Zhao Lijian menuturkan kata-kata pujian terhadap sikap Prabowo itu, dan mengatakan Asia Pasifik adalah perintis kerjasama, bukan papan catur untuk pertandingan geopolitik.

"Kami (China) bersedia bekerjasama dengan semua pihak untuk meningkatkan dialog dan komunikasi, mengukuhkan perpaduan dan kolaborasi, serta bersama-sama mempertahankan keamanan dan kemakmuran serantau,” kata Zhao dalam taklimat harian di Beijing, pada Rabu.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan