Jabatan Pertahanan China, Jepun Bakal Bina Kemudahan Talian Terus

(CRI)Jumaat 25 November 2022

Pembinaan talian terus di bawah mekanisme perhubungan maritim dan udara China-Jepun dijangka akan dimulakan secepat mungkin, menurut jurucakap Kementerian Pertahanan China Wu Qian.

“Rundingan antara jabatan pertahanan kedua-dua negara mengenai perkara itu mencapai kemajuan positif, dan projek berkenaan akan digerakkan secepat mungkin,” kata beliau dalam sidang media di Beijing pada Khamis.

Difahamkan, sejak dilancarkan pada 2018, mekanisme perhubungan tersebut beroperasi dengan baik dan memainkan peranan positif dalam memelihara keamanan serta kestabilan di Laut China Timur. 

Gaya Hidup

Berita Berkaitan