Beg Media Olimpik Beijing di Piala Dunia Qatar 2022

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Rabu 23 November 2022

Seorang wartawan asing dilihat menggalas beg memorabilia Sukan Olimpik Musim Panas 2008 semasa melakukan pendaftaran media di Piala Dunia Qatar 2022.

Beg media serupa, yang dibuat 14 tahun lalu di Beijing, juga pernah dilihat pada ramai wartawan di banyak temasya Olimpik lain seperti di Tokyo, Rio, dan London.

Beg itu telah menjadi pilihan ramai wartawan setiap kali membuat liputan pertandingan sukan kerana kualitinya tinggi dan rekaannya cukup sesuai untuk jurugambar profesional.

Terdapat banyak elemen China yang tampil di Piala Dunia Qatar 2022. Contohnya, Stadium Lusail yang dibina oleh Syarikat Pembinaan Kereta Api China (CRCC), loji janakuasa fotovoltaik yang juga dibina oleh CRCC, 1,500 unit kenderaan tenaga baharu (NEV) buatan China yang diguna pakai dan sebagainya.

Duta Besar China ke Qatar, Zhou Jian beranggapan ini bukan sahaja mencerminkan pembangunan China, tetapi juga menunjukkan buatan China semakin diiktiraf dan digemari oleh orang di seluruh dunia.

Gaya Hidup