Sektor Pembuatan China Kekal Momentum Tarik PMA

(CRI)Jumaat 25 November 2022

Industri pembuatan China terus mengekalkan momentum baik dalam menarik penanaman modal asing (PMA) pada tahun ini, menurut jurucakap Kementerian Perdagangan Shu Jueting.

Shu berkata banyak syarikat multinasional optimistik terhadap potensi pasaran besar China, selain sistem perindustrian dan infrastruktur yang lengkap serta persekitaran sosial yang stabil.

Syarikat berkenaan terus meningkatkan pelaburan di China, menyaksikan sekumpulan projek mega membabitkan PMA turut dipergiatkan.

Untuk rekod, industri pembuatan China menarik PMA bernilai sebanyak AS$33.73 bilion pada 2021, menokok 8.8 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Shu memaklumkan, beberapa dasar dan inisiatif melibatkan 15 langkah spesifik turut diperkenalkan untuk menggalakkan PMA dalam sektor pembuatan.

Langkah berkenaan antaranya termasuk melaksanakan layanan nasional selepas akses secara berstandard tinggi, dan menawarkan perkhidmatan kewangan berkualiti tinggi serta sokongan pembiayaan kepada syarikat asing. 

Gaya Hidup

Berita Berkaitan