China Serah Tiga Juta Dos Vaksin Percuma kepada Zimbabwe

(CRI)Isnin 28 November 2022

China menyerahkan sumbangan tiga juta dos vaksin kepada Zimbabwe dalam usaha membantu negara itu memerangi wabak COVID-19, pada Jumaat.

Duta Besar Guo Shaochun pada majlis simbolik penyerahan sumbangan itu berkata China merancang menyalurkan sebanyak 10 juta dos vaksin percuma kepada Zimbabwe pada tahun ini.

"Setakat ini, penghantaran membabitkan lima juta dos, dan kerjasama antara dua negara membuahkan hasil menggalakkan.

"Untuk masa depan, terdapat lebih banyak projek kerjasama akan dilaksanakan,” kata Guo.

Berdasarkan syor isteri Presiden China Xi Jinping, Peng Liyuan, sebanyak sejuta dos daripada hantaran kali ini disasarkan untuk membantu kaum wanita, kanak-kanak dan belia di Zimbabwe.

Wanita Pertama negara itu Auxillia Mnangagwa turut menzahirkan penghargaan atas bantuan China berkenaan.

"Berkat sumbangan vaksin China, kerja kami dalam memerangi wabak amat berkesan,” kata beliau.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan