Wang Yi Ditemui Duta Besar Baharu Rusia

(CRI)Isnin 28 November 2022
Wang Yi Ditemui Duta Besar Baharu Rusia

Menteri Luar China, Wang Yi telah ditemui Duta Besar Rusia yang baru bertugas di China, Igor Morgulov pada Ahad.

Setelah mengalu-alukan Morgulov menyandang jawatan baharunya di China, Wang Yi berkata, China dan Rusia tidak berganjak daripada mendorong pembentukan dunia yang polanya pelbagai, tidak mengiktiraf dan menerima amalan hegemoni yang bercorak pola tunggal, komited memelihara sistem antarabangsa yang berteraskan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan norma asas antarabangsa yang berdasarkan undang-undang antarabangsa, dan menolak politik kekerasan kuasa besar. Biarpun perubahan kerap berlaku dalam situasi antarabangsa, China dan Rusia sebagai negara jiran utama bagi pihak lain, dikehendaki terus memupuk rasa saling mempercayai dalam bidang pelaksanaan strategi dan bersama-sama melindungi keadilan antarabangsa.

Morgulov berkata, persahabatan Rusia-China yang "unbreakable" adalah teruji dalam menyahut sebarang cabaran.

Kedua-dua pihak juga bertukar-tukar pendapat mengenai isu antarabangsa dan serantau yang menjadi perhatian bersama.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan