Xi Pemimpin Bercita-cita Tinggi: Thongloun

(CRI)Khamis 01 Disember 2022

Presiden Laos, Thongloun Sisoulith tiba di China pada Selasa untuk membuat lawatan rasmi selama tiga hari ke negara ini.

Dalam temu bual eksklusif dengan Kumpulan Media China (CMG), beliau turut mengimbas kembali pengalamannya berinteraksi dengan Presiden Xi Jinping semasa Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) di Shanghai pada 2018.

Jelas Thongloun, beliau melawat beberapa dewan pameran bersama Xi dan ketika melawat seksyen kereta api berkelajuan tinggi (HSR), dirinya telah meminta kepada Xi Jinping untuk cuba memandu kereta api.

Beliau memberikan alasan kerana tidak lama lagi kereta api itu akan diguna dalam projek kereta api China-Laos.

Lantas, Xi Jinping terus mengizinkan dan menjemput Thongloun masuk ke kabin simulasi HSR "Fuxing".

Thongloun berkata bahawa pertemuan dengan Presiden Xi dalam CIIE memberikan kenangan yang mendalam kepadanya.

"Walaupun pavilion Laos kecil, Xi Jinping turut melawatnya,” katanya.

Pada kesempatan itu, Thongloun turut menunjukkan kepada Xi teh Laos dari pokok yang berusia seribu tahun dan ia turut mendapat pujian dari Xi, selain terjual dengan baik di China.

Menurut Thongloun, beliau sering kagum dengan sifat sederhana dan mesra dimiliki Xi.

"Kemesraan Xi Jinping tidak terhad kepada majlis rasmi, tetapi sejenis kemesraan yang ikhlas dari hati.

"Semasa perbualan, beliau melayan orang dengan sopan, terutamanya apabila melayan rakan seperjuangan, dia bersedia berkongsi pengalamannya,” kongsi beliau.

Thongloun berkata bahawa beliau sering memberi perhatian kepada aktiviti domestik dan antarabangsa Xi Jinping.

"Xi Jinping mempunyai prinsip, kedudukan dan kepercayaan yang teguh.

 "Melalui pertemuan dengan Xi Jinping, saya merasakan bahawa beliau ialah seorang pemimpin yang mempunyai kepercayaan teguh, bercita-cita tinggi dan keupayaan yang luar biasa,” jelasnya.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan