Pertemuan PM China-Laos di Phnom Penh

(CRI)Isnin 14 November 2022

Perdana Menteri China, Li Keqiang telah bertemu dengan rakan sejawatnya dari Laos, Phankham Viphavanh di Phnom Penh pada Sabtu.

Li Keqiang berkata, China bersedia bersama dengan Laos memperhebat pertukaran dan saling belajar serta memperkasakan penjana dalaman untuk pembangunan dan kerjasama. Sehubungan itu, China akan terus melaksanakan kerjasama tenaga angin dan suria, memudahkan pelepasan kastam, mengintensifkan pengimportan produk pertanian istimewa yang berkualiti dari Laos, merapatkan hubungan bilateral di kalangan rakyat, menyambut dan memudahkan pelajar Laos yang memilih balik ke China untuk melanjutkan pengajian, selain sudi menyediakan bantuan dan sokongan yang diperlukan dalam hidup rakyat Laos.

Menurut Phankham Viphavanh, Laos menyokong langkah China yang bertujuan memelihara kepentingan teras negaranya, bersedia mempererat pertukaran pelbagai peringkat dengan China, memperdalam interaksi mengenai pengalaman dalam mentadbir negara, memperhebat kerjasama dalam ekonomi dan perdagangan, sumber tenaga dan pertanian, dan bertindak pantas memanfaatkan laluan kereta api kedua-dua negara demi perkembangan hubungan bilateral ke tahap baharu.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan