Pergunungan Taihai Alu-alu Angsa Putih

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Khamis 01 Disember 2022
Pergunungan Taihai Alu-alu Angsa Putih
Taman Negara Tanah Lembap Tasik Queshanhu mengalu-alukan segerombolan besar angsa putih yang berhijrah ke sana. (Foto: Liu Jidong/People.cn)

Beberapa hari yang lalu, Taman Negara Tanah Lembap Tasik Queshanhu di bandar Xingtai, provinsi Hebei, mengalu-alukan kedatangan segerombolan besar angsa putih yang berhijrah ke sana.

Terletak di hulu sungai Mahe dalam sistem sungai Ziya di lembangan sungai Haihe, Tasik Queshanhu merupakan projek pemuliharaan sumber air bersaiz sederhana di pekan Liulin, daerah Neiqiu. Dengan berpusatkan Empangan Mahe, Taman Negara Tanah Lembap Tasik Queshanhu meliputi keluasan 300.16 hektar, dengan panjangnya dari timur ke barat 9.3 kilometer. Tanah lembap yang ada di sini mempunyai ciri tipikal kawasan pergunungan Taihang, dan amat penting dari segi perlindungan ekologi.

Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, daerah Neiqiu melaksanakan perlindungan dan pengurusan secara komprehensif terhadap tumbuhan air, pokok dan landskap di tanah lembap tasik Queshanhu, selain mengambil langkah memulihkan semula sumber tanah. Kini, kualiti air di Taman Negara Tanah Lembap Tasik Queshanhu telah mencapai standard kelas ke-3 kebangsaan. Luas keseluruhan tanah lembap meningkat daripada 158.61 hektar kepada 209.2 hektar, sementara bilangan tumbuhan vaskular bertambah daripada 155 spesies kepada 183 spesies. Bukan setakat flora, diversiti fauna terutamanya burung juga sangat tinggi. Jumlah spesies haiwan vertebrat liar di tempat ini yang dahulunya 137 telah naik kepada 158, antaranya termasuklah bangau hitam yang diberikan perlindungan peringkat tertinggi.

Terletak di sebahagian laluan migrasi burung, spesies seperti bangau hitam, angsa (cygnus), itik mandarin (Aix galericulata) dan lain-lain turut dilihat singgah di sana.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan