Pastikan Peralihan Lancar Fasa Respons COVID-19: Naib PM

(CRI)Rabu 14 Disember 2022

Naib Perdana Menteri China, Sun Chunlan menekankan perlunya memastikan peralihan lancar fasa respons COVID-19, di samping menyelaraskan pencegahan dan kawalan wabak dengan pembangunan sosioekonomi secara cekap.

Ketika meninjau pembendungan pandemik di Beijing, Sun berkata tumpuan kerja perlu dialih daripada pencegahan jangkitan kepada rawatan perubatan, dengan matlamat untuk menjamin kesihatan rakyat dan mencegah jangkitan teruk.

“Prinsip rakyat didahulukan dan nyawa diutamakan mesti menjadi pegangan,” tegas beliau.

Pada Selasa, Naib PM itu meluangkan masa untuk menziarahi kakitangan perubatan dan pekerja komuniti yang berjuang di barisan hadapan memerangi pandemik COVID-19.

Beliau turut menjejak kaki ke beberapa hospital, farmasi dan pusat perkhidmatan kesihatan komuniti untuk melihat sendiri operasi klinik demam, prosedur rawatan serta bekalan ubat-ubatan.

Difahamkan, jumlah jangkitan baharu meningkat cepat di Beijing buat masa ini, tetapi majoritinya tanpa gejala atau bergejala ringan. 

Gaya Hidup

Berita Berkaitan