Pentingnya Semarakkan Semangat Yan’an: Xi

(CRI)Jumaat 16 Disember 2022

Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), Xi Jinping dalam artikelnya yang disiarkan edisi ke-24 jurnal Qiushi, menekankan peri pentingnya untuk mengekalkan amalan mulia Parti dan menyemarakkan semangat Yan’an.

Artikel itu menyebut, bermula dari 1935 hingga 1948, Jawatankuasa Pusat PKC dan revolusioner generasi perintis termasuk mendiang Pengerusi Mao Zedong, yang hidup dan berjuang di Yan'an selama 13 tahun, membimbing perjuangan revolusi China sehingga mencapai titik perubahan bersejarah dan mengubah nasib negara.

Xi yang juga Presiden China merangkap Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat (CMC), berkata tradisi mulia dan gaya kerja yang dipupuk dan dilaksanakan PKC semasa zaman Yan’an merupakan khazanah rohani yang berharga buat parti pemerintah berkenaan.

Beliau menegaskan, khazanah tersebut harus diturunkan dari generasi ke generasi kerana ia cerminan orientasi politik yang teguh dan betul, bimbingan ideologi yang bersifat membebaskan minda dan mencari kebenaran dari fakta, prinsip asas yang berbakti untuk rakyat dengan sepenuh hati, serta semangat keusahawanan menerusi perjuangan berdikari.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan