Apa Isyarat dari Kunjungan Pucuk Pimpinan Baharu PKC ke Yan'an

(CRI)Isnin 31 Oktober 2022

Pemimpin tertinggi China, Xi Jinping mengetuai para anggota baharu Jawatankuasa Tetap Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) bertolak ke bandar Yan'an provinsi Shaanxi di barat laut China pada 27 Oktober. Yan'an digelar sebagai tanah suci revolusi China dan buaian bagi kelahiran Republik Rakyat China. Lawatan kali ini dijalankan tidak sampai seminggu setelah berakhirnya Kongres Kebangsaan ke-20 PKC.

"Saya bersama-sama anggota baharu Jawatankuasa Tetap Biro Politik melakukan lawatan kali ini bertujuan untuk menunjukkan keazaman kita akan mewarisi dan menyuburkan tradisi revolusi Parti yang terbentuk pada zaman Yan'an, serta terus menyemarakkan semangat Yan'an", kata Xi Jinping.

Semangat Yan'an merupakan khazanah rohani berharga PKC yang terbentuk pada zaman Yan'an. Isi kandung utamanya ialah mempertahankan arah politik yang betul, garis ideologi yang berorientasikan pembebasan minda dan pencarian kebenaran daripada fakta, tujuan asas yang berkhidmat kepada rakyat dengan sepenuh hati, serta semangat penerokaan yang berdikari dan bertungkus-lumus.

Xi Jinping dalam lawatannya di Yan'an kali ini mengatakan, seluruh anggota Parti perlu menerapkan idea pembangunan yang berpaksikan rakyat dalam semua kerja, mendorong pewujudan kemakmuran bersama agar menjadikan segala rakyat semakin relevan dengan hasil pembangunan modenisasi berdasarkan layanan yang semakin sama rata.

Semangat penerokaan yang berdikari dan bertungkus-lumus merupakan inti pati dalam semangat Yan'an. Xi Jinping ketika menziarahi tempat suci tersebut menegaskan bahawa tidak kira betapa kayanya kehidupan material pada masa hadapan, semangat berdikari dan perjuangan bertungkus-lumus tidak boleh dilepaskan. Beliau menuntut seluruh anggota Parti terus menyemarakkan semangat pembinaan Parti dan semangat Yan'an, dan bersatu padu memperjuangkan matlamat yang dikemukakan dalam Kongres Kebangsaan ke-20 PKC.

Gaya Hidup