Objektif Perjuangan Melawan Wabak Selama Tiga Tahun Tercapai

(CRI)Jumaat 16 Disember 2022

Dalam tempoh tiga tahun lalu, sistem perubatan dan kesihatan serta pencegahan penyakit di China telah diuji oleh wabak COVID-19.

Namun, ia berjaya ditangani dengan baik, sementara pembangunan sosioekonomi juga terus stabil sebaik mungkin.

Pada 2020, China terlebih dahulu mengawal wabak dengan berkesan serta dengan pantas memulihkan kerja dan pengeluaran, manakala pertumbuhan ekonomi turut meningkat semula sehingga menjadi satu-satunya entiti ekonomi di dunia yang mewujudkan pertumbuhan positif ketika itu.

Pada 2021 pula, agregat ekonomi China mencatat RMB114.4 trilion (RM74.4 trilion), iaitu meliputi lebih 18% agregat ekonomi dunia.

Pada tahun ini, prestasi ekonomi China mengekalkan trend pemulihan dan perkembangan yang stabil.

Seiring dengan langkah pencegahan dan kawalan wabak diubahsuai di pelbagai tempat di China baru-baru ini, langkah-langkah merancakkan pemulihan kerja dan pengeluaran juga dikeluarkan bagi menyuntik kedinamikan pemulihan pasaran.

Misalnya, bandar Guangzhou mengedarkan bon penggunaan bernilai RMB30 juta (RM19.5 juta) pada 8 hingga 19 Disember yang merangkumi katering, pasar raya, e-niaga, perhotelan dan barang serbaneka.

Di provinsi Fujian, sebanyak RMB200 juta (RM130 juta) diagihkan untuk menyokong pengederan bon penggunaan di pelbagai tempat.

Manakala, provinsi Sichuan pula menawarkan bon penggunaan RMB100 juta (RM65 juta) dalam bidang kebudayaan dan pelancongan.

Di provinsi Hainan, karnival bebas cukai turut dilancarkan dan akan berlangsung hingga Pesta Cap Goh Mei tahun depan.

Menurut rekod, dalam tempoh lebih sebulan sahaja, terdapat lebih seratus syarikat dengan diaturkan kerajaan tempatan terbang ke Jepun, Jerman, Perancis, Malaysia, Indonesia, Singapura, Emiriah Arab Bersatu dan Hungary untuk mencari peluang perniagaan baharu.

Dalam tempoh tiga tahun lalu, meskipun situasi di dunia tidak begitu harmoni, namun China terus gigih mengatasi kesukaran dan membina lingkaran rakan di dunia.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan