Ekonomi China Jauh Lebih Baik: Ahli Ekonomi UK

(CRI)Khamis 08 Disember 2022

Langkah pencegahan dan kawalan wabak COVID-19 bukan faktor penyebab kepada masalah ekonomi di China atau dunia Barat.

Demikian ujar bekas Pengarah Ekonomi dan Dasar Perniagaan kepada Datuk Bandar London, John Ross ketika diwawancara oleh Guancha.cn baru-baru ini.

Beliau mengakui sekarang adalah detik terburuk yang dialami ekonomi dunia dalam tempoh 40 tahun.

Namun katanya, prestasi ekonomi China masih jauh lebih baik daripada Amerika Syarikat (AS) dan Eropah.

Menurut beliau, penularan wabak COVID-19 juga bukan penyebab utama kepada pertumbuhan ekonomi China yang menjadi perlahan sedikit.

“Antara faktor yang amat penting ialah ekonomi dunia kini berada dalam keadaan sangat negatif.

“Dalam konteks ini, prestasi ekonomi China boleh dikatakan luar biasa,” ujar Ross.

Beliau yakin bahawa pada masa hadapan, pertumbuhan ekonomi China akan tetap lebih pesat berbanding AS.

Ketika diminta mengulas tentang wabak, Ross turut memuji tindakan China dalam melindungi penduduknya daripada beberapa gelombang awal koronavirus, yang mempunyai kadar kematian tinggi.

“Di China, kematian akibat COVID-19 dicatatkan sebanyak 5,000, namun di AS jumlah itu melepasi sejuta.

“Wabak itu juga menjejaskan penduduk di Eropah dan menyebabkan purata jangka hayat warga AS berkurangan 2.7 tahun, sesuatu yang tidak pernah dilihat dalam seratus tahun lalu,” jelas beliau.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan