Pangkalan Penyelidikan Sains dan Pembiakan Panda Beijing Mula Dibina

(CRI)Isnin 19 Disember 2022
Pangkalan Penyelidikan Sains dan Pembiakan Panda Beijing Mula Dibina

Pangkalan Penyelidikan Sains dan Pembiakan Panda yang terletak di pekan Qinglonghu, daerah Fangshan, bandar Beijing mula dibina hari ini. Pangkalan yang direka menempati tanah seluas kira-kira 133 hektar ini, bukan sahaja berperanan sebagai tapak pembiakan panda serta penyelidikan sains terbabit, tetapi juga premis untuk sesi sosialisasi serta pendidikan dan pertukaran antarabangsa.

Seorang pegawai Biro Pentadbiran Perhutanan dan Padang Rumput Negara menyatakan bahawa pekan Qingkonghu yang mempunyai ekologi yang baik dan landskap yang serbaneka, khasnya satu taman hutan yang seluas lebih 666 hektar yang sudah siap dibina, dipercayai sesuai dibina menjadi habitat panda.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan