Populasi Panda Meningkat kepada 673 di Seluruh Dunia

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Jumaat 18 November 2022

Panda gergasi jantan yang bernama “Reganmian”. Gambar ini diambil di Pangkalan Penyelidikan Pembiakan Panda Gergasi Chengdu, provinsi Sichuan di barat daya China pada 21 September 2022. (Gambar diambil oleh Chen Juwei/Xinhua)

Menurut Pusat Perlindungan dan Penyelidikan Panda Gergasi China, jumlah panda gergasi telah mencatat 673 ekor di seluruh dunia, hampir meningkat dua kali ganda berbanding pada masa sedekad yang lalu.

Pengarah pusat tersebut, Duan Zhaogang mengaitkan peningkatan populasi haiwan tersebut dengan kemajuan teknologi pembiakan buatan panda.

Beliau berkata, jumlah panda gergasi liar telah meningkat dari 1,114 ekor pada 1980-an hingga 1,864 ekor buat masa kini. Sementara itu, kawasan perlindungan habitat panda juga semakin diperluas.

Menurut pusat tersebut, sepanjang 10 tahun yang lalu, 9 ekor daripada 10 ekor panda gergasi yang dilepaskan kembali ke hutan telah berjaya hidup secara liar.

Pusat tersebut juga menubuhkan platform kerjasama dan pertukaran panda gergasi domestik dan antarabangsa, yang telah menarik 16 buah negara dan kawasan hingga berjaya membiakkan 21 ekor anak panda gergasi di luar negara.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan