Rai ‘Teknik Penghasilan Teh’ Tersenarai Warisan Budaya Dunia

(CRI)Isnin 19 Disember 2022

Upacara perayaan tersenarainya “Teknik Penghasilan Teh Tradisional China dan Istiadat Berkenaan ”sebagai Warisan Budaya Tidak Ketara Manusia telah diadakan di Hangzhou semalam. Deklarasi Hangzhou yang bertajuk “Menuju ke Masa Depan Baharu Pembangunan Mampan: Pemeliharaan dan Pewarisan ‘Teknik Penghasilan Teh Tradisional China dan Istiadat Berkenaan’” turut diumumkan dalam upacara tersebut. Ini merupakan satu episod yang signifikan, dan juga satu lembaran baharu dalam mempergiatkan pelaksanaan item tersebut.

Deklarasi Hangzhou diumumkan bersama-sama oleh 47 badan anggota dari kumpulan kerja perlindungan terbabit.

Provinsi Zhejiang sebagai penaja utama permohonan item tersebut telah mengadakan satu pameran melibatkan tersenarainya “Teknik Penghasilan Teh Tradisional China dan Istiadat Berkenaan” sebagai warisan budaya dunia pada 1 hingga 19 Disember ini.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan