China, AS Perlu Laksanakan Konsensus Presiden di Bali

(CRI)Jumaat 23 Disember 2022

Menteri Luar China, Wang Yi seperti yang dijadualkan telah menghubungi Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken menerusi telefon pagi tadi.

Wang menegaskan bahawa kedua-dua pihak perlu memfokuskan kepada usaha bertindak substantif menggubal dasar dan mengambil langkah mengikut konsensus yang tercapai Presiden kedua-dua negara di Bali. Menurut beliau, pertemuan Langfang antara pegawai utama kedua-dua pihak dianggap bersifat membina. Rundingan tentang menetapkan panduan dalam hubungan China-AS perlu dipergiatkan, dialog pelbagai peringkat perlu diadakan secara bertahap dalam pelbagai bidang, manakala masalah yang terwujud antara kedua-dua pihak perlu ditangani melalui kumpulan kerja bersama.

Wang berkata, kedua-dua pihak perlu mencari dan meneliti pendekatan yang betul dalam menangani hubungan antara satu sama lain demi kesejahteraan rakyat kedua-dua negara dan keamanan serta kestabilan sedunia.

Antony Blinken pula berkata, pihaknya bersedia bersama-sama China untuk membincangkan prinsip dan panduan dalam menangani hubungan kedua-dua negara, bersedia menjalinkan hubungan dengan China secara bertanggungjawab dan menjalankan kerjasama dalam bidang yang selaras dengan kepentingan bersama kedua-dua pihak. Menurut beliau, AS akan terus mengamalkan dasar “Satu China” dan tidak menyokong “kemerdekaan” Taiwan.

Mereka juga bertukar-tukar pandangan tentang isu Ukraine.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan