Senarai Bandar Paling Bahagia di China 2022

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Jumaat 23 Disember 2022
Senarai Bandar Paling Bahagia di China 2022
Anak panda gergasi yang baru lahir bertemu dengan orang ramai di Pangkalan Penyelidikan dan Pembiakan Panda Gergasi Chengdu, di provinsi Sichuan, barat daya China, pada 28 September 2022. (foto: Xu Bingjie/Xinhua)

Menurut satu forum yang diadakan di Hangzhou, ibu kota provinsi Zhejiang di sebelah timur China, 10 ibu provinsi dan 11 lagi bandar lain telah dipilih untuk ranking Bandar Paling Bahagia di China bagi tahun 2022.

Bandar-bandar itu termasuk Chengdu, Hangzhou, Ningbo, Xining, Guangzhou, Changsha, Shenyang, Hefei, Qingdao dan Nanjing.

Pemilihan bandar-bandar tersebut dilakukan oleh majalah Oriental Outlook dan wadah pemikir Institut Liaowang. Kedua-duanya dikendalikan oleh Agensi Berita Xinhua dalam projek selama dua bulan merangkumi pengumpulan data, soal selidik dan perbincangan panel.

Bandar-bandar itu dipilih atas usaha memastikan kesejahteraan penduduk, menggalakkan perkembangan berkualiti tinggi, mendorong pembangunan hijau dan memperbaik tadbir urus. Menurut penganjur, indeks kegembiraan penduduk juga berkaitan dengan pendidikan, pekerjaan, pendapatan, kebajikan sosial, penjagaan kesihatan dan keadaan hidup.

Senarai Bandar Paling Bahagia di China dikeluarkan setiap tahun sejak 2007.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan