Senarai 500 Perusahaan Swasta Terbaik China 2022 Diumumkan

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Selasa 27 September 2022

Senarai 500 Perusahaan Swasta Terbaik China 2022 telah diumumkan oleh Persekutuan Industri dan Perdagangan Seluruh China (ACFIC) baru-baru ini.

Kumpulan Jingdong (JD), Kumpulan Alibaba dan Kumpulan Hengli menduduki tiga teratas dalam senarai tersebut. Manakala, pendapatan purata lima perusahaan swasta yang teratas dalam senarai tersebut pula melebihi RMB 600 bilion (≈RM 386 bilion).

Pada hari yang sama, laporan penganalisisan dan penyelidikan mengenai 500 perusahaan swasta terbaik China turut diterbitkan. Tempoh masa pengumpulan data untuk penyelidikan kali ini adalah bermula dari 1 Januari sehingga 31 Disember 2021.

Menurut laporan tersebut, standard minimum nilai perusahaan untuk disenaraikan 500 perusahaan swasta terbaik China ialah RMB 26. 367 bilion (≈RM 16 bilion), yang telah meningkat RMB 2.866 bilion (≈RM 1.84 bilion) berbanding tahun yang lalu. Selain itu, pendapatan pengoperasian bagi 19 daripada 500 perusahaan swasta yang terbaik China telah melebihi RMB 300 bilion (≈RM 193 bilion). Laporan tersebut juga mendedahkan bahawa perusahaan yang bernilai lebih RMB 100 bilion (≈RM 64.4 bilion) telah mencatat 88 buah di China. Sementara itu, sebanyak 28 perusahaan swasta terbaik telah disenaraikan dalam 500 syarikat terbaik sedunia.

Sebagai rekod, ini kali ke-24 penyelidikan berkenaan dilakukan oleh ACFIC secara berturut-turut, yang melibatkan 8,602 buah perusahaan dengan pendapatan tahunan lebih daripada RMB 500 juta (≈RM 322 juta) di China.

Gaya Hidup